Id Katalaluan

Dataran Seremban Bakal Menjadi Mercu Tanda Baru

Dataran SerembanDataran SerembanDataran Seremban, nama yang masih asing pada pendengaran warga Seremban pada masa kini. Namun, masa akan jadi saksi apabila sempurna terbinanya kawasan rekreasi yang terletak di tengah Pusat Bandar Seremban, Dataran Seremban akan menjadi destinasi kunjungan popular di ibu negeri Negeri Sembilan.

Kerja-kerja pembinaan dataran Seremban berharga RM1.6 juta di sini giat dijalankan dan dijangka siap Mei ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd. Halim Abd Latif, berkata, dataran berkonsepkan taman dalam bandar itu bakal menjadi tumpuan pengunjung terutama hujung minggu.

Beliau berkata, ia dibina di atas tanah seluas 0.8 hektar berhampiran stesen bas dan teksi Terminal 1.

Pembinaan dataran itu kini telah siap 70 peratus dan beberapa ciri mesra rakyat telah dirancang termasuklah membina trek penjalan kaki, tempat berjogging, selain dihiasi air pancuran serta tiang bendera setinggi tiga meter.